Ak akan redha dengan segala yang berlaku | Tulisan Anyar
Home » » Ak akan redha dengan segala yang berlaku

Ak akan redha dengan segala yang berlaku



  Ak tertanya didalam diriku. Adakah dia layak untuk ku. Sapalah ak nk dibandingkan dengan dia. Kadang bila difikirkan balik kenapa lah aku kata ak suka kat dia. Knplah ak meluahkan isi hatiku ini dekat dia. Walaupun ak tahu ak x blh buat apa2. Walaupun ak tahu ak x punyai apa2. Masa makin panjang untuk ak dan dia. Dalam masa yang panjang macam2 perkara boleh berlaku. Sepatutnya ak meluahkan apa yang terpendam di dalam hatiku ini kalau diriku ini betul2 dah bersedia nak terima dia. Tp percaya lah, selepas ak meluahkan isi hatiku pada dia. Ak semakin sayang kat dia. Ak semakin rindu kat dia. Ak semakin kerap terfikirkan dia. Inilah kali pertama didalam hidup ku merasai perkara sebegini.

    Dulu2 ak ada bertanyakan di dalam diri ini. Apakah itu cinta, sayang dan macam mana kita nak tau kita ni sayang kat org 2. Kini semua itu dah terjawab. Ak tahu dia punyai perinsip dalam hidup dia. Kawan tetap kawan x boleh lebih daripada itu. Ak juga tahu ak masih terlalu awal untuk mencintai dan dicintai. Ak juga tahu cinta ini hanyalah sia2 kerana ini ialah cinta sebelum kawin. CINTA YANG BOLEH DIRAMPAS KERANA TIDAK ADA IKATAN YANG SAH. Dia hanya menganggap ak sebagai kawan dia.
 
   Memang pada mulanya ak pun menganggap dia kawan ku. Ak x terfikirpun akan ada timbul perasaan begini dekat dia. Ak pun xtahu macam mana perasaan ini boleh muncul. Tp ak bersyukor sangat kerana ak dapat merasai apa itu cinta. mungkin ak tertarik dengan sifatnya yang terlalu rendah diri, bersopan santun dan menjaga batas2 pergaulan. Ak tertanya lagi adakah ak mencintai dia kerana Allah SWT atau sebaliknya. Ak Cuma nak dia tahu walaupun dia menganggap ak sebagai kawan dia dan xboleh lebih daripada itu ak tetap cinta dia. Walaupun dia tidak boleh menerima ak dalam hidup dia ak xkesah sebab ak tahu, ini semua sudah ditakdirkan. Ak sebagai hamba yang lemah hanya perlu berdoa dan redha dengan segala takdir yang telah ditetapkan.

   Memang pada realitinya agak pahit nak diterima dan bertapa lukanya hati ini. Tp xpelah mungkin ini yang terbaik buat dia dan ak. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan perempun yang jahat untuk lelaki yang jahat. Bila ak baca je ayat ni, ak terfikir layak ke ak dengan dia. Ak ni dah la entah apa2. Dia bagi ak, ok lagi la dari ak. Mungkin ak perlu baikkan diri ak baru la ak layak untuk dia. Entahlah ak pun xtau macam mana.

   Soal hati dan perasaan memang pelik dan susah nk dikawal. Tgk la pada mula nya ak xde perasaan pun kat dia. Tiba2 je perasaan macam ni muncul. Memang susah nak dikawal. Apa yang perlu ak buat sekarang ini hanya lah berdoa agar jodoh ku ialah perempuan seperti dia. ak juga perlu menguatkan hati ak dan merelakan segala ketentuan dari Ilahi. Ak tahu masa penentuan akan tiba,dimana hati ak akan terluka atau pun gembira. Ak akan bersedia untuk hari itu. Ya Allah, kuatkan dan tabahkan lah hatiku ini untuk menempuh segalah ketentuan mu dan segala dugaan mu. Sesungguhnya ak hanya lah insan biasa yang sentiasa memerlukan pertolongan mu Ya Allah.

   Akhirkata, ak harap sangat dia baca apa yang ak tulis ni. Ak juga berharap janganlah sebab dia baca apa yang ak tulis ni hubungan kami yang rapat semasa dulu renggang. Ak Cuma nak meluahkan isi hati ku dekat dia. “Peace no war”

“Jodoh, kematian dan rezeki. Semua ditangan Allah SWT. Jangan takut, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Selalulah bersabar dan berdoa. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat. So, jadikanlah diri anda baik klu mahukan perempuan yang baik.”

“PEACE NO WAR”
Relax2lah selalu...........

0 komentar:

Post a Comment

Translate

Powered by Blogger.